ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABAROKATUH...
Selamat Tahun baru 2012 kepada semua pengunjung blog ini. Dah lama tak update blog ni. InsyAllah tahun ni nak aktif semula. Harap2 tahun baru ni dapat update banyak info ttg sekolah dan aktviti2 yang dijalankan. Januari lepas dah buat satu program Kem Kepimpinan Pengawas Sesi 1 2012, Minggu ni nak lancarkan program mentor-mentee dan InsyAllah minggu depan nak buat program motivasi Fasa 1 untuk tahun 6 pula.
Selasa, 7 Februari 2012
Jumaat, 5 Ogos 2011
Salam Ramadhan
Selamat berpuasa diucapkan kepada semua warga sekolah dan pengunjung blog. Semoga ibadah yang kita kerjakan diterima oleh Allah s.w.t Amiiiin.....
Khamis, 26 Mei 2011
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKAL 2011
Pengenalan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua murid. Semua murid diberi peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan.
Bertepatan dengan keperluan semasa, murid-murid dalam era teknologi maklumat ini amat memerlukan sokongan tambahan selain galakan yang diberikan oleh ibu bapa mereka, terutamanya dalam memotivasikan diri untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Seiring dengan arus pemodenan yang begitu pantas, murid-murid semakin dipengaruhi dengan pelbagai faktor yang cenderung ke arah melalaikan mereka.
Oleh itu, Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SK Agama MIS Lawas, merancang beberapa aktiviti untuk membantu merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan murid ke arah kematangan sahsiah dan perkembangan peribadi yang maksimum selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
VISI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utaman dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2012
MISI






Falsafah B&K
“ Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh ”
Matlamat B&K
“Dalam usaha mencapai Visi dan Misi, Unit Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling bermatlamat untuk memantapkan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di SK Agama (MIS) Lawas.”
Objektif B&K







Ahad, 8 Mei 2011
Langgan:
Catatan (Atom)