be yourself

Selasa, 7 Februari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABAROKATUH...
Selamat Tahun baru 2012 kepada semua pengunjung blog ini. Dah lama tak update blog ni. InsyAllah tahun ni nak aktif semula. Harap2 tahun baru ni dapat update banyak info ttg sekolah dan aktviti2 yang dijalankan. Januari lepas dah buat satu program Kem Kepimpinan Pengawas Sesi 1 2012, Minggu ni nak lancarkan program mentor-mentee dan InsyAllah minggu depan nak buat program motivasi Fasa 1 untuk tahun 6 pula.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua warga sekolah dan pengunjung blog. Semoga ibadah yang kita kerjakan diterima oleh Allah s.w.t Amiiiin.....

Khamis, 26 Mei 2011

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKAL 2011

Pengenalan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua murid. Semua murid diberi peluang bagi  mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan.
Bertepatan dengan keperluan semasa, murid-murid dalam era teknologi maklumat ini amat memerlukan sokongan tambahan selain galakan yang diberikan oleh ibu bapa mereka, terutamanya  dalam  memotivasikan diri untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Seiring dengan  arus pemodenan yang begitu pantas, murid-murid  semakin dipengaruhi dengan pelbagai faktor yang cenderung ke arah melalaikan mereka.
            Oleh itu, Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SK Agama MIS Lawas, merancang beberapa aktiviti untuk membantu merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan murid ke arah kematangan sahsiah dan perkembangan peribadi yang maksimum selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.   


VISI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utaman dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2012


MISI
*      Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
*      Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
*      Membimbing murid kea rah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
*      Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
*      Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
*      Memupuk semangat patriotic dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.

Falsafah B&K

“ Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh ”


Matlamat B&K

“Dalam usaha mencapai Visi dan Misi, Unit Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling bermatlamat untuk memantapkan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di SK Agama (MIS) Lawas.”



Objektif B&K

*      Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai visi dan misi sekolah. 
*      Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid. 
*      Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang lain. 
*      Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula murid yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasi masalah sendiri. 
*      Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukan. 
*      Memberikan perkhidmatan ke arah membangun dan memajukan sekolah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum. 
*      Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.